Monday, August 15, 2011

idola si kecil


assalamualaikum. asif, maaf sudah lama tidak menulis. keinginan untuk menulis ada tapi kekuatan untuk menulis pula yang tak kunjung tiba. InsyaAllah, hari ini saya usahakan menulis sesuatu yang sangat-sangat berkait rapat dengan kita iaitu seorang abang, atau seorang kakak, seorang ibu atau bapa, serta seorang yang lebih dewasa yang seringkali menjadi idola atau ikutan adik-adik mahupun anak-anak.


Samada kita perasan atau tidak, segala perbuatan dan perkataan yang kita zahirkan di hadapan anak-anak, bakal menjadi corak dalam hidup mereka. mungkin kita seringkali mendengar kata-kata "anak-anak umpama kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkannya" kalau hitam maka hitamlah ia, jika cerah warnanya maka cerialah ia. Bagi saya sendiri, kata-kata tersebut bukan hanya ditujukan kepada ibu-bapa sahaja, tetapi ditujukan juga kepada para kakak-kakak dan abang-abang. 

Saya ambil satu kisah, pengalaman seorang kenalan wanita yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah, yang ditakdirkan Allah ingin ke tandas untuk menunaikan hajat. dan kebiasaannya tandas untuk lelaki dan perempuan ni diletakkan bersebelahan. tatkala melintasi tandas lelaki, guru ini terdengar tangisan seorang murid, lantas, pintu tandas dikuak dan kelihatan dua orang murid lelaki dalam keadaan seorang berdiri menghadap dinding manakala seorang lagi dibelakangnya. Astaghfirullahalazim. istighfar sang guru terkejut melihat aksi ini. Sang murid di marahi. Satunya lagi cuba ditenangkan. Apabila ditanya kepada sang murid kenapa melakukan perkara tersebut, jawabnya, "saya tak tau cikgu, saya cuma ikut apa yang abang saya buat." . Apa perasaan kita tatkala menbaca atau mendengar kisah seperti ini?marah?kecewa?sedih?bimbang?cuba menuding jari menyalahkan orang lain?atau tak peduli?. Alhamdulillah sekiranya kita masih ada rasa peduli kepada ummah. Alhamdulillah sekiranya kita mula tersedar betapa besarnya peranan kita dalam membentuk si kecil. dan bagi yang masih belum sedar, semoga Allah bukakan hati anda untuk melihat semua kejadian di sekeliling dengan mata hati, bukan hanya dua pasang mata di antara hidung anda.


Apa peranan kita? 

Perbaiki diri dan perbaiki orang lain. jadilah kita seperti sirap. hanya setitis air sirap mampu menukarkan sekendi (jug) air putih. Jangan pernah kita merasakan dosa kita terlalu besar, terlalu berat sehingga membuat kita merasakan taubat kita takkan diterima. Setinggi gunung manapun dosa kita, seandainya kita benar-benar ingin bertaubat, ingin benar-benar meninggalkan perbuatan salah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi , InsyaAllah Allah itu Maha Mendengar setiap rintihan hati kita dan Maha Pengampun.


Tunjukkan contoh yang baik depan sikecil. Hubungan yang rapat akan lebih memudahkan lagi kita membentuk si kecil. mulakan dengan benda mudah. benda yang seringkali dilakukan dalam kehidupan harian. bermula dari bangun tidur, ajak si kecil berdoa bersama. kemudian solat subuh, ajak si kecil solat bersama biarpun solatnya masih belum sempurna. tanamkan kebiasaan untuk solat dari kecil. Selain itu, dari aspek pergaulan, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. bukan untuk si kecil, malah untuk diri kita. Siapa kata kalau kita berkata-kata yang kasar,lucah,mencarut kita rasa puas? tidak sama sekali. malah kita akan merasa lebih stress.emosi kita akan lebih terpacu membuatkan hati kita tidak tenang. Dan seterusnya sebanyak mana pun kata-kata tidak elok ini dilontarkan, kita tidak akan pernah tenang.Banyak lagi sebenarnya mungkin kita boleh meluaskan lagi bacaan dari tips penjagaan anak-anak. 

Islam itu bukan hanya menjurus kepada beribadah dalam masjid pakai kopiah dan bermacam lagi pandangan typical tentang islam. Islam itu indah. Islam itu meluas. Sekiranya Islam dipraktekkan dalam kehidupan harian, InsyaAllah bumi ini akan lebih makmur. Islam dalam diri sendiri, Islam sesama keluarga termasuklah si kecil, Islam sesama masyarakat, dan Islam sesama pemimpin dan rakyat. 

Alhamdulillah, sampai disini sahaja yang mampu saya tuliskan. InsyaAllah sekiranya ada kesempatan lagi, akan saya coretkan idea-idea saya di sini. Wassalam. :)

No comments:

Post a Comment