Sunday, July 17, 2011

coretan 1

Alhamdulillah hari ini, aku masih berpeluang menghirup udara segar lagi. Udara yang segarnya terasa lain dari yang biasa. segarnya umpama pertama kali aku menghirup udara ini. Oh Malang, akan ku rindu segarnya udaramu..:)

Fikir-fikir, minggu ini, bakal menjadi minggu yang sangat bermakna buat aku. Minggu ini, aku akan bertemu bonda dan ayahanda serta keluarga di Malaysia. rindunya terasa berat sekali. Walaupun seringkali kami berhubung melalui skype, tetapi rasa rindu itu terus bersarang. "ayah kau comel la skype dengan kau", kata housemates sambil mengintai perbualan video kami dari celah pintu. like father like daughter. ye tak? hehe..

Dalam ketidaksabaran untuk pulang, sayang juga meninggalkan bumi malang yang banyak mentarbiyahkan diri ini sepanjang mulanya cuti bulan jun yang lepas. tampaknya keputusanku tepat untuk pulang sedikit lewat. percutianku di malang dan kunjunganku ke surabaya tidak lagi terasa sia-sia malah, terasa penuh dengan kasih sayang dan terasa manisnya ukhuwah. Banyak pengajaran dan pengalaman berharga yang dapat ku ambil. terasa tidak cukup pun ada. :)

Risau-risau sikit nak pulang ke Malaysia ni.pasti aku rindukan usrah yang pastinya berbeza dengan usrah di sekolah dahulu. Usrah yang sangat persis seperti keluarga sendiri..tiap ahlinya terasa bagai kakak dan adik perempuan yang sangat menyayangi antara satu sama lain. saling memberi sokongan dan dukungan demi Islam. Apa- apapun kena yakin dengan Allah. Memang persekitaran yang mendukung sangat penting, tapi bukankah Allah yang memegang hati aku?
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu

 pesan seorang sahabat, hidayah Allah itu boleh datang bila-bila sahaja. carilah ia maka hidayah itu InsyaAllah akan bertemu kamu. capailah ia dan jangan pernah melepaskannya.

Sunday, July 3, 2011

tazkirah 1 (Doa)

Alhamdulillah semalam selesai solat maghrib bersama, kami sempat meluangkan waktu mendengarkan tazkirah berkenaan  sebab-sebab kenapa doa kita tidak diterima oleh Allah. Terfikir jugak, selama ni kenapa ek kalau kita doa Allah tak kabulkan. Kita mintak sungguh-sungguh pun apa yang kita doakan tu tetap tak dapat. di mana rasanya silap kita sampaikan doa kita tak diterima.

Menurut satu riwayat, ketika Ibrahim bin Adham ( seorang alim yang terkenal zuhud dan waraknya) berjalan di sebuah pasar yang ramai. beliau dikerumuni oleh orang ramai yang bertanyakan mengapa doa mereka tak dikabulkan oleh Allah?.Beliau berdiam sejenak dan mengatakan, "Ini kerana hati kamu buta disebabkan oleh sepuluh perkara." 

apakah 10 perkara itu?

  1. kita kata kita kenal Allah, tapi kita tidak tunaikan suruhan Allah.
  2. kita kata kita cinta Rasulullah tapi kita tinggalkan sunnahnya.
  3. kita kata syaitan tu musuh kita tapi kita tak pernah menentangnya malah senang hati mengikut jejak langkahnya.
  4. kita baca quran setiap hari tapi kita tak mengamalkan isi kandungannya
  5. kita telah menerima dan menikmati nikmat-nikmat Allah, tapi kita lupa untuk bersyukur.
  6. kita nak masuk syurga Allah tapi kita tak pernah berusaha melakukan amalan ahli syurga.
  7. kita takut sekiranya dimasukkan ke dalam neraka tapi kita sibuk melakukan perbuatan ahli neraka.
  8. kita percaya mati itu pasti, tapi kita tak pernah nak bersiap sedia untuk menghadapinya
  9. kita sering melihat orang mati, tapi kita tak ambil iktibar daripadanya.
  10. kita sibuk melihat aib orang lain tapi kita lupa yang kita juga punya aib sendiri.
So, selepas ini, bolehlah kita sama-sama merenung kekurangan kita dimana. InsyaAllah sama-sama kita perbaiki. Tapi kalau apa yang kita hajatkan masih tak dapat, kawan-kawan jangan pernah putus asa. Jangan pernah mengatakan Allah tidak mendengarkan doa kita. Allah itu maha mendengar. Boleh jadi Allah kabulkan permintaan kita dengan cara yang lain. sentiasalah bersangka baik kepada Allah. Semoga tazkirah pendek pada hari ini memberi manfaat kepada semua. Kalau ada sebarang persoalan, silakan bertanya. Jumpa lagi. 
Assalamualaikum. :)

"Allahumma nasaluka salamatan fiddin, fiddunya wal akhirah"
-Ya Allah kami mohon kepadamu keselamatan di dalam urusan agama, dunia dan akhirat-

Saturday, July 2, 2011

ayah

"kenapa awak sayang ayah awak?"

soalan dari seorang akhawat menerpa ke telinga, menusuk ke jiwa sehingga membuat lidah ini terkelu.

sayangkah aku kepada ayah? atas dasar apakah aku sayangkan ayah? apakah hanya kerana dia telah membesarkan ku? memberikanku makan? bagaimana keadaannya sekiranya aku dibesarkan oleh seorang pembantu? diberi makan dan dibesarkan oleh pembantu? adakah sayangku kepada ayah sama seperti sayangku kepada pembantuku itu?

fikiranku menerawang kembali kenangan lalu, perit bila mengenangkan peristiwa lama. betapa banyak hati yang terluka kerana aku. betapa aku mengecewakan segala harapan orang tua. air mata dengan pantas bergenang di pinggir kelopak mata. Ya Allah..setelah apa yang telah ku lakukan, mengapa ayah masih tetap melayaniku dengan baik?seolah-olah apa yang berlaku bukanlah suatu realiti.

aku masih mendiamkan diri. memberi peluang rakan lain menjawab atas dasar apakah mereka menyayangi ayah mereka. segera kutundukkan kepala agar tiada siapa yang menyedari perubahan di wajahku.

selesai program dan pulang ke rumah, hatiku masih tidak tenteram. masih memikirkan atas dasar apa aku menyayangi ayah?sampaikan sewaktu solat, hatiku tidak khusyuk dan terasa sebak bila teringatkan ayah.

"Ya Allah kau ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku......" doa yang kerap kali ku ulang tiap kali selesai solat. seandainya Allah memberikan hukuman kepada ayah kerana terdapat dosa yang dilakukan dengan balasannya adalah anak seperti aku, aku pohon agar Allah memaafkan ayah. aku mohon agar aku tidak dijadikan sebagai balasan untuk ayah.

terasa berat di dada, perit di tekak.

sedang aku duduk dihadapan laptop, ara datang menyapaku. dia menyentuh feed back daripada aku mengenai program yang berlangsung tempoh hari. "ara faham apa yang qish rasa. ara pun pernah mengalami apa yang qish alami". tersentak. aku pandang wajah suci ara dan airmata ku dengan mudah jatuh ke pipi. kami berbicara dari hati ke hati. dia ada menceritakan kisah tentang seorang pemuda yang sebelumnya pernah minum alcohol, merosakkan harta orang lain, mengecewakan seluruh ahli keluarga termasuk ibu dan ayah beliau dan apa yang lebih menyedihkan bilamana latar belakang keluarga atau lebih spesific, bapanya adalah seorang ustaz tetapi, beliau mampu berubah dan menjadi seorang pemuda muslim yang disegani.

ara juga ada kisah hitamnya. ara berpesan pada dirinya, "kesalahan ara kalau nak dibandingkan dengan pemuda tadi, tidaklah sebesar kesalahan pemuda itu. tapi mengapa dia mampu berubah tetapi ara tidak?". kata-kata itu benar-benar terpahat dalam hati. lantas, terdetik dalam hatiku, Ya, aku memang telah mengecewakan ayah tapi masih ada peluang untuk aku buktikan bahawa aku sangat menyintai ayah.

malam itu, segala kesedihan dan kedukaan telah surut. aku bersyukur kerana mempunyai ayah yang sangat menyayangiku walaupun dirinya pernah dibenci oleh anak sendiri. aku bersyukur kerana selama ini apa yang pernah ayah lakukan telah menyelamatkan aku dari terus rosak dari imej remaja muslimah, walaupun aku pernah menentang. Ya Allah, terima kasih kerana telah mengurniakan ayah kepadaku. Aku benar-benar menyayangi ayah keranaMu Ya Allah. Ayah seorang pejuang, ayah juga merupakan idolaku.

kalau sebelum ini, aku mengelak dan tidak suka dikaitkan dengan nama ayah, hari ini, aku bersyukur dengan nama belakang binti ku, dan aku berazam akan menjaga maruah nama ayah, nama keluarga dan nama diriku sendiri kerana Allah. InsyaAllah.

wassalam


Friday, July 1, 2011

ahlan wasahlan to my new blog.

assalamualaikum,

dengan ini, blog ini akan menjadi blog rasmi saya, InsyaAllah. Blog lama, biarlah menjadi kenangan dan pengajaran yang boleh saya ambil sebagai iktibar. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama, dan semoga apa yang bakal saya kongsikan akan bermanfaat buat teman-teman semua.

wassalam.

:)