Thursday, November 3, 2011

coretan 3

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda yang sedang membaca~ ^_^

Alhamdulillah, Alhamdulillah ya Allah kerana memberi peluang untuk diri ini menulis di sini sekali lagi. Semoga segala yang saya bakal saya coretkan ini memberi manfaat kepada pembaca semua, insyaAllah. :)

Tarbiyah

Hidup dalam suasana tarbiyah ini, banyak mengajar saya hakikat kehidupan sebenar. Banyak sifat-sifat jahiliyah yang pernah bersarang dalam diri ini, cuba saya buang sedikit demi sedikit. Saya akui, kini hidup saya lebih bahagia dan lebih terbuka menerima sesiapa sahaja yang ingin mendekati dan didekati (khas buat wanita SAHAJA). Kadang, saat ujian datang melanda, Alhamdulillah saya mampu menanganinya dengan optimis dan husnuzzhon ataupun bersangka baik. Tak kiralah terhadap sesiapapun. Terhadap Allah, Ibu Bapa, Pensyarah, Rakan-rakan dan tak lupa housemates yang terrrrsayang.Alhamdulillah, satu perasaan yang tak pernah saya rasakan sebelum ini . :')  Dan seperkara yang banyak membuat saya sering berfikir adalah, kenapa saya diciptakan? untuk apa Allah ciptakan manusia? 

Mari beranalogi. kita jadikan iphone sebagai contoh. Steve Jobs mencipta iphone pasti untuk kebaikan dirinya dan juga manusia yang lain. Kalau kita fikir balik, ada ke tujuan dia cipta iphone, untuk membinasakan diri dia? supaya ada orang menggunakan iphone untuk baling ke arahnya. ada tak? mesti tak kan? Begitu juga dengan diri kita. adakah Allah menciptakan kita supaya kita terus-terusan melakukan perkara yang dimurkai Allah? Atau adakah kita diciptakan supaya menjadi seorang hamba yang taat dan seorang yang bisa memakmurkan bumi ini? Sama-sama pakai akal, kita aktifkan untuk berfikir. :)

Ujian

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? " (QS 29:2)

Saya akui, tiap ujian yang melanda diri saya tidaklah sesuatu yang ringan, tetapi bukanlah menjadi suatu asbab untuk saya putus asa kepada Allah. Sebenarnya, tiap ujian yang melanda itu, juga merupakan tarbiyah direct dari Allah.

Teringat satu peristiwa di mana saya telah ke surabaya untuk menghadiri satu daurah di sana. Cuaca di sana, boleh tahan panasnya macam di Malaysia. duduk dalam rumah pun boleh berpeluh sampai basah baju. Berbeza sungguh dengan cuaca di Malang yang lebih sejuk. Sepulangnya saya dari daurah, saya mengadu kepada seorang rakan bahawa saya kesejukan. Kawan saya dengan sempoinya berkata, "kau ni, panas salah, sejuk pun salah" . saya terdiam. Ya Allah, malunya saya. Direct betul Allah tegur saya melalui rakan saya. :')

Sahabat ke syurga, InsyaAllah

Saya bersyukur sangat bilamana Allah menganugerahkan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi peringatan tentang Allah kepada saya. Sahabat yang sering menegur kesilapan saya, sahabat yang saling mengingati dan juga sahabat yang ingin bersama melakukan perubahan dalam diri. Saya tidak menganggap mereka dewa, dan saya juga tidak menganggap mereka malaikat. kerana mereka pasti punya kelemahan. jadi bila ada masalah yang terjadi, kami lebih optimis dalam menegur demi kebaikan bersama. <3! Saya buat silap awak tegur, dan bila awak buat silap, kawan-kawan awak ini semua siap untuk membantu. ^_^ . Saya sangat sayang mereka. tak ada asbab lain melainkan Allah. 

Jujur, saya tak sabar nak berbulatan gembira dengan awak semua minggu ni. Pasti banyak yang ingin kita kongsikan bersama. Saya gembira, awak gembira, Allahpun gembira. inni uhibbukunna fillah. :)

wassalam