Saturday, July 2, 2011

ayah

"kenapa awak sayang ayah awak?"

soalan dari seorang akhawat menerpa ke telinga, menusuk ke jiwa sehingga membuat lidah ini terkelu.

sayangkah aku kepada ayah? atas dasar apakah aku sayangkan ayah? apakah hanya kerana dia telah membesarkan ku? memberikanku makan? bagaimana keadaannya sekiranya aku dibesarkan oleh seorang pembantu? diberi makan dan dibesarkan oleh pembantu? adakah sayangku kepada ayah sama seperti sayangku kepada pembantuku itu?

fikiranku menerawang kembali kenangan lalu, perit bila mengenangkan peristiwa lama. betapa banyak hati yang terluka kerana aku. betapa aku mengecewakan segala harapan orang tua. air mata dengan pantas bergenang di pinggir kelopak mata. Ya Allah..setelah apa yang telah ku lakukan, mengapa ayah masih tetap melayaniku dengan baik?seolah-olah apa yang berlaku bukanlah suatu realiti.

aku masih mendiamkan diri. memberi peluang rakan lain menjawab atas dasar apakah mereka menyayangi ayah mereka. segera kutundukkan kepala agar tiada siapa yang menyedari perubahan di wajahku.

selesai program dan pulang ke rumah, hatiku masih tidak tenteram. masih memikirkan atas dasar apa aku menyayangi ayah?sampaikan sewaktu solat, hatiku tidak khusyuk dan terasa sebak bila teringatkan ayah.

"Ya Allah kau ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku......" doa yang kerap kali ku ulang tiap kali selesai solat. seandainya Allah memberikan hukuman kepada ayah kerana terdapat dosa yang dilakukan dengan balasannya adalah anak seperti aku, aku pohon agar Allah memaafkan ayah. aku mohon agar aku tidak dijadikan sebagai balasan untuk ayah.

terasa berat di dada, perit di tekak.

sedang aku duduk dihadapan laptop, ara datang menyapaku. dia menyentuh feed back daripada aku mengenai program yang berlangsung tempoh hari. "ara faham apa yang qish rasa. ara pun pernah mengalami apa yang qish alami". tersentak. aku pandang wajah suci ara dan airmata ku dengan mudah jatuh ke pipi. kami berbicara dari hati ke hati. dia ada menceritakan kisah tentang seorang pemuda yang sebelumnya pernah minum alcohol, merosakkan harta orang lain, mengecewakan seluruh ahli keluarga termasuk ibu dan ayah beliau dan apa yang lebih menyedihkan bilamana latar belakang keluarga atau lebih spesific, bapanya adalah seorang ustaz tetapi, beliau mampu berubah dan menjadi seorang pemuda muslim yang disegani.

ara juga ada kisah hitamnya. ara berpesan pada dirinya, "kesalahan ara kalau nak dibandingkan dengan pemuda tadi, tidaklah sebesar kesalahan pemuda itu. tapi mengapa dia mampu berubah tetapi ara tidak?". kata-kata itu benar-benar terpahat dalam hati. lantas, terdetik dalam hatiku, Ya, aku memang telah mengecewakan ayah tapi masih ada peluang untuk aku buktikan bahawa aku sangat menyintai ayah.

malam itu, segala kesedihan dan kedukaan telah surut. aku bersyukur kerana mempunyai ayah yang sangat menyayangiku walaupun dirinya pernah dibenci oleh anak sendiri. aku bersyukur kerana selama ini apa yang pernah ayah lakukan telah menyelamatkan aku dari terus rosak dari imej remaja muslimah, walaupun aku pernah menentang. Ya Allah, terima kasih kerana telah mengurniakan ayah kepadaku. Aku benar-benar menyayangi ayah keranaMu Ya Allah. Ayah seorang pejuang, ayah juga merupakan idolaku.

kalau sebelum ini, aku mengelak dan tidak suka dikaitkan dengan nama ayah, hari ini, aku bersyukur dengan nama belakang binti ku, dan aku berazam akan menjaga maruah nama ayah, nama keluarga dan nama diriku sendiri kerana Allah. InsyaAllah.

wassalam


No comments:

Post a Comment